awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kena renjatan elektrik dipindah ke HSB

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2022
01:20 MYT
Pelajar kena renjatan elektrik dipindah ke HSB
Lokasi mangsa terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan dalam kejadian banjir kilat pada petang Rabu. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pelajar lelaki cedera selepas terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan pada Rabu kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini.
Mangsa yang berusia 19 tahun itu tidak sedarkan diri selepas memegang corong peniup di kawasan berkenaan yang dilanda banjir kilat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa sebelum ini dirawat di Hospital Tanjong Karang (HTK) dengan bantuan alat pernafasan.
"Mangsa yang berusia 19 tahun itu kemudian segera dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut pada hari sama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Pada Rabu, Norazam dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.08 petang pada Rabu.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.
Ketika kejadian, kawasan Giat Mara Sekinchan itu dinaiki air setinggi 0.5 meter dan pihak bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh serta meminta pihak pengurusan menutup semua bekalan elektrik.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hospital Sungai Buloh
#Giat Mara Sekinchan
#renjatan elektrik
#banjir kilat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan