awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar lemas ketika memancing di lombong

Bernama
Bernama
16/06/2024
09:15 MYT
Pelajar lemas ketika memancing di lombong
Mayat Muhammad Adam Harris Mohd Azman, 18, ditemukan pada 2.50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak malam semalam. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pelajar lelaki ditemukan lemas di sebuah bekas lombong emas, di Jalan Sungai Taban, Kampung Merapoh, Kuala Lipis pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata mayat Muhammad Adam Harris Mohd Azman, 18, ditemukan pada 2.50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak malam semalam.
Beliau berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu itu bersama sepupunya memancing di lombong berkenaan kira-kira 7 malam, Sabtu, sebelum mata joran mangsa terputus.
"Mangsa bertindak terjun ke dalam lombong itu dan berenang pada jarak lebih kurang 12 meter dari daratan untuk mendapatkan mata joran. Semasa berpatah balik ke darat, mangsa kelihatan tidak berdaya lalu lemas dan tenggelam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#lombong
#Muhammad Adam Harris Mohd Azman
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan