awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia selamat pulang

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2013
00:28 MYT
Pelajar Malaysia selamat pulang
Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air pada pukul 6.36 petang Khamis.
Enam pelajar diterbangkan dengan pesawat Egypt Air tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Kumpulan berkenaan merupakan sebahagian daripada 3,300 pelajar yang dibawa pulang melalui Ops Piramid II selepas situasi di Mesir bertambah buruk.
Ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Pendidikan 2 P Kamalanathan.
Beliau menegaskan penghantaran pulang pelajar diteruskan sehinga 27 Ogos ini.
“Kami berharap dapat selesaikan membawa balik pelajar ke Kuala Lumpur dalam masa 27 atau akhir bulan. Semua yang telah sampai ini sungguh gembira. Mereka bersyukur Malaysia aman tidak seperti Mesir dan mereka berharap keamanan itu kekal selamanya," kata beliau.
Beliau juga memberitahu satu lagi kumpulan, yang terdiri daripada lapan pelajar tiba pada Khamis malam.
Manakala 400 pelajar lagi dijangka pulang melalui tiga penerbangan pada jumaat.
Sementara itu Kamalanathan menegaskan delegasi Kementerian Pelajaran akan berlepas ke kaherah bagi membincangkan dengan pihak berkuasa Mesir berkaitan isu pengajian pelajar Malaysia.
Delegasi tersebut akan diketuai Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran Profesor Datuk Dr Zaini Ujang.
Topic Berkaitan
#KLIA
#Mesir
#Ops Piramid II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan