awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut, rakan parah nahas balik sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2021
22:15 MYT
Pelajar maut, rakan parah nahas balik sekolah
Lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Empat di Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan pada Selasa. - Foto Sinar Harian
TELUK INTAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut, sementara rakannya parah apabila motosikal ditunggangi mereka melanggar tiang elektrik ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di sini pada Selasa.
Kejadian di Kilometer 7 Jalan Maharajalela itu berlaku sekitar jam 1.50 petang ketika kedua-dua mangsa berusia 16 tahun dalam perjalanan pulang ke Taman Maharajalela dan Taman Muhibbah Batu 5 di sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis SYM dipercayai terbabas sendiri ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik berhampiran.
"Mangsa yang menunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng cedera parah di bahagian muka.
"Ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar dari sebuah sekolah menengah di Teluk Intan dalam perjalanan untuk pulang ke rumah," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan di sini, manakala mangsa yang parah masih dirawat di zon kecemasan hospital sama.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah maut
#langgar tiang elektrik
#motosikal
#tingkatan 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan