awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Nigeria terselamat selepas terjatuh dari tingkat 12

Bernama
Bernama
25/12/2015
00:23 MYT
Pelajar Nigeria terselamat selepas terjatuh dari tingkat 12
Seorang warga Nigeria terjatuh dari Tingkat 12, Apartment Neocyber di Lingkaran Cyberpoint Barat. - Foto Propertyguru.com.myu
Seorang warga Nigeria terjatuh dari Tingkat 12, Apartment Neocyber di Lingkaran Cyberpoint Barat.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Khamis itu, Mohammad Abdul Karim Garna, 30, dikatakan cuba memasuki rumah rakannya yang terletak bersebelahan rumahnya dengan memanjat bahagian koridor.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Izman Adnan berkata lelaki itu yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta di sini sebelum itu mengetuk pintu rumah rakannya namun tidak disedari rakannya yang sedang tidur.
"Lelaki tersebut kemudian cuba memasuki rumah rakannya dengan mengikut jalan menerusi koridor apartmennya dengan cara melompat.
"Namun dia terjatuh dari tingkat tersebut hingga ke tingkat lima," katanya.
Izman berkata pelajar berkenaan didapati terbaring di atas lantai serta tidak sedarkan diri.
"Mangsa didapati cedera parah dengan bahagian pinggang dan kedua-dua kakinya patah," katanya dan menambah mangsa kini dirawat di Hospital Putrajaya.
Topic Berkaitan
#jatuh
#Mohammad Abdul Karim Garna
#Neocyber
#Nigeria
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan