awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/11/2024
23:30 MYT
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang
Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di George Town, pada petang Isnin.
GEORGE TOWN: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini, pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada Pegawai Perubatan Hospital Pulau Pinang ( HPP) mengenai kematian pelajar tersebut pada jam 5.57 petang.
Pemeriksaan di lokasi kejadian serta tubuh di mati mendapati tiada unsur jenayah dan pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
"Pihak polis telah membuka satu laporan mati mengejut (LMM) bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap kes ini,” kata beliau.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis.
"Selain itu, mereka juga dinasihatkan agar tidak menular gambar- gambar atau rakaman video mangsa serta tempat kejadian bagi menghormati perasaan waris si mati" jelas Abdul Rozak dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#jatuh bangunan
#pelajar maut
#bangunan sekolah menengah
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan