awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sekolah meninggal dunia setelah bertarung nyawa lima hari

Bernama
Bernama
23/10/2024
08:45 MYT
Pelajar sekolah meninggal dunia setelah bertarung nyawa lima hari
Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia pagi Selasa. - Gambar hiasan
KUALA PILAH: Seorang pelajar lelaki 14 tahun menghembuskan nafas terakhir setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan membabitkan sebuah kereta semasa melintas jalan di KM 29 Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Taman Pemarak Tanjung Ipoh pada 18 Okt lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata kemalangan itu berlaku apabila pemandu warga emas lelaki berumur 68 tahun sedang membawa kereta jenis Proton Saga FL dalam perjalanan dari Melang ke Seremban.
Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, kereta itu terlanggar mangsa yang sedang melintas dari bahu jalan sebelah kiri ke kanan jalan.
"Akibat kemalangan terbabit, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah sebelum disahkan meninggal dunia 11 pagi semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu kereta yang terlibat juga telah tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kuala Pilah pada hari yang sama kejadian berlaku untuk membuat laporan polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar lelaki meninggal dunia
#lima hari bertarung nyawa
#kemalangan jalan Seremban Kuala Pilah
#polis Kuala Pilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan