awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar SMK Assunta hilang ditemui selamat - Polis

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2019
13:22 MYT
Pelajar SMK Assunta hilang ditemui selamat - Polis
Divyaa dan Natshatra dilaporkan hilang selepas kali terakhir ditemui di Kondominium Maxwell Towers di Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.40 malam pada Ahad. - Facebook/Shanti Theshaja
Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas meraikan Tahun Baru Tamil telah selamat ditemui.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din dipetik The Star berkata, kedua-dua mereka sedang ditemu bual polis ketika ini.
"Kami akan hantar mereka untuk menjalani pemeriksaan perubatan selepas mengambil keterangan mereka.
"Kita akan tahu lebih banyak lagi selepas bercakap dengan mereka," katanya kepada akhbar itu ketika dihubungi.
Terdahulu hari ini, M. Divyaa, 16 tahun, dan N. Natshatra, 15 tahun, dilaporkan hilang selepas kali terakhir ditemui di Kondominium Maxwell Towers di Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.40 malam pada Ahad (14 April).
Kedua-dua gadis itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya, telah pergi ke kuil di sekitar rumah Natshatra di kondominium tersebut pada Ahad untuk meraikan sambutan Chitthirai Puthandu.
Kehilangan mereka dilaporkan oleh ibu Natshatra, Shanti Theshaja.
Sebentar tadi, Shanti mengesahkan dua remaja itu telah ditemui dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu.
"Polis baru sahaja sahkan kedua-dua mereka telah ditemui. Saya akan menemui mereka sekarang," katanya.
Topic Berkaitan
#hilang
#Kondominium Maxwell Towers
#kuil
#Mohd Zani Che Din
#pelajar
#Petaling Jaya
#polis
#remaja
#sekolah
#Tahun Baru Tamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan