awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok

Bernama
Bernama
26/11/2024
13:13 MYT
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Jasad remaja itu diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua lagi rakannya di Kampung Padang Lati, Bachok, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Lokman Yusoh berkata Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Beliau berkata lapan anggota BBP Bachok serta enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.37 petang.
"Mangsa kemudian ditemukan pada 4.13 petang. Mayat remaja itu diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar tahfiz
#lemas
#Tali air
#Bachok
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan