awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tahun akhir UPM ditemukan meninggal dunia di dalam bilik

Bernama
Bernama
29/06/2022
09:38 MYT
Pelajar tahun akhir UPM ditemukan meninggal dunia di dalam bilik
Polis menerima laporan daripada Pusat Kawalan UPM berhubung penemuan mayat pelajar itu di sebuah bilik di Blok L6, UPM Serdang pada pukul 7.52 malam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bau busuk dari sebuah bilik membawa kepada penemuan mayat seorang pelajar lelaki di dalam kolej kediamannya di Universiti Putra Malaysia (UPM), kira-kira 30 kilometer dari sini malam tadi.
Ketua Polis Serdang ACP A.A.Anbalagan berkata polis menerima laporan daripada Pusat Kawalan UPM berhubung penemuan mayat pelajar itu di sebuah bilik di Blok L6, UPM Serdang pada pukul 7.52 malam.
Beliau berkata si mati merupakan pelajar Sarjana Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi semester enam (tahun akhir) berumur 29 tahun dan tinggal di bilik kolej kediaman itu seorang diri.
"Si mati ditemukan dalam keadaan tidak berbaju, berseluar panjang, dan dalam keadaan terlentang di atas lantai bersebelahan katil, dengan pintu bilik dalam keadaan berkunci serta tingkap tertutup rapat. Barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit masih ada di dalam bilik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut Anbalagan berkata polis masih menunggu laporan kimia untuk mengenal pasti punca kematian, namun setakat ini tiada unsur jenayah ditemukan, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
"Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar UPM
#mayat
#meninggal dunia
#Universiti Putra Malaysia
#Polis Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan