awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan Empat maut, seorang parah dalam kejadian langgar lari

Bernama
Bernama
13/01/2015
23:33 MYT
Pelajar Tingkatan Empat maut, seorang parah dalam kejadian langgar lari
Sehingga kini pemandu treler terbabit belum membuat laporan polis dan beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan. - Gambar Fail
Seorang pelajar tingkatan empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian langgar lari di Kilometer 19, Jalan Mempaga-Chinta Manis dekat Bentong, pada Selasa.
Penunggang motosikal, Haikal Asraf Hairol Hashim, maut di tempat kejadian dalam kemalangan pukul 3 petang itu manakala pemboncengnya Mohd Farid Suhaizat Kamarudin, kedua-dua berusia 16 tahun, patah paha kanannya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kampung Sertik itu berasal dari Felda Mempaga 3, Karak.
Katanya mangsa dalam perjalanan dari arah Karak menghala ke Mempaga dan cuba memotong sebuah kenderaan apabila motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler.
Beliau berkata sehingga kini pemandu treler terbabit belum membuat laporan polis dan beliau meminta saksi kejadian supaya tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.
Mohamad Nor berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala pembonceng yang parah itu juga dirawat di hospital sama.
Topic Berkaitan
#16 tahun
#ekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kampung Sertik
#Haikal Asraf Hairol Hashim
#pelajar
#pemboncengnya Mohd Farid Suhaizat Kamarudin
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan