awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan lima antara 15 gengster ditahan di Pandan Indah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/12/2020
07:26 MYT
Pelajar tingkatan lima antara 15 gengster ditahan di Pandan Indah
Mohamad Farouk Esha berkata, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 1 Januari depan. - Gambar fail
AMPANG JAYA :Pelajar tingkatan lima antara 15 gengster yang ditahan polis dalam satu rusuhan, melibatkan dua kumpulan samseng berhampiran sebuah kedai makan di Pandan Indah, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, lima suspek yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dalam kejadian itu mendapat rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi ditempatkan di Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, tangkapan itu dibuat kira-kira pukul 10.30 malam ketika pasukan polis yang sedang menjalankan pemeriksaan terserempak sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki terlibat dalam pergaduhan.
Berdasarkan siasatan awal, katanya, punca pergaduhan itu dipercayai akibat perebutan kawasan antara dua kumpulan gengster.
"Kita masih lagi mengesan beberapa suspek yang masih lagi bebas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Mohamad Farouk, pemeriksaan awal juga mendapati empat daripada suspek itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes curi dan merusuh.
Sementara seorang daripadanya, kata beliau, sebelum ini pernah ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah.
"Mereka dipercayai menggunakan topi keladar dan kayu," ujarnya.
Menurut beliau, kesemua suspek yang berusia 17 hingga 35 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
Mohamad Farouk berkata, siasatan ke atas kesemua suspek itu dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksan kerana merusuh.
Jika disabit kesalahan, katanya, mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Justeru, Mohamad Farouk memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan mengambil tindakan sendiri dengan membelakangi undang-undang atau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah sebelum memastikan kesahihannya.
Topic Berkaitan
#gangster
#samseng
#perebutan kawasan
#Ampang Jaya
#Polis Diraja Malaysia
#Kementerian Belia dan Sukan
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan