awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan lima mati dikelar di bilik tidur

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/10/2015
02:51 MYT
Pelajar tingkatan lima mati dikelar di bilik tidur
Mayat remaja berkenaan, Intan Suraya Mawardi, 17 tahun, dijumpai dengan kesan kelar di leher kira-kira jam 7.30 malam oleh bapanya. -Gambar hiasan
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dijumpai mati di bilik tidurnya di Pangsapuri Bandar Baru Teluk Kumbar, Pulau Pinang, malam tadi.
Mayat remaja berkenaan, Intan Suraya Mawardi, 17 tahun, ditemukan dengan kesan kelar di leher kira-kira jam 7.30 malam oleh bapanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Nur Salawati Saad berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika bapa mangsa tiada di rumah.
Menurutnya, bapa mangsa yang baru pulang dari kerja terkejut apabila mendapati anaknya terbaring di atas katil tidak bernyawa.
"Polis menemui kesan pergelutan di dalam bilik tidur itu. Kita masih lagi menyiasat kes berkenaan dan tidak boleh memberi penjelasan lanjut.
"Kita ada menahan seorang lelaki berusia 20-an di kawasan Teluk Kumbar bagi membantu kes berkenaan. Polis percaya suspek itu mengenali mangsa yang dibunuh," katanya di sini, malam tadi.
Beliau berkata, penahanan lelaki itu dibuat selepas polis menjumpai telefon bimbit kepunyaan mangsa serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Suspek direman pagi Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Intan Suraya Mawardi
#kelar leher
#Pangsapuri Bandar Baru Teluk Kumbar
#Siti Nur Salawati Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan