awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar universiti didenda RM600 muat naik pautan haram Projek High Council

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/04/2023
07:49 MYT
Pelajar universiti didenda RM600 muat naik pautan haram Projek High Council
Drama bersiri Projek High Council terbitan Astro itu mendapat sambutan yang sangat luar biasa dalam kalangan penonton sejak ia mula ditayangkan.
KUALA LUMPUR : Seorang penuntut universiti berusia 22 tahun didenda RM600 selepas didapati bersalah memuat naik pautan haram drama bersiri Projek High Council milik Measat Broadcast Network Systems Berhad.
Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur setelah tertuduh mengaku bersalah memiliki pautan itu tanpa kebenaran di peranti miliknya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Astro menerusi satu kenyataan pada Selasa menyatakan, laporan polis telah dibuat pada 14 Februari lalu.
“Telefon bimbit dan komputer riba miliknya telah dirampas dan tertuduh direman dua hari bagi membantu siasatan.
“Serbuan terhadap suspek telah dilakukan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 11 Februari,” menurut kenyataan itu.
Drama bersiri terbitan Astro itu mendapat sambutan yang sangat luar biasa dalam kalangan penonton sejak ia mula ditayangkan.
Dibintangi Nadhir Nasar, Mierul Irfan dan Naim Daniel, drama berkenaan mengisahkan ‘cara hidup’ di sekolah berasrama, termasuk insiden buli yang ada tidak dihebahkan kepada umum.
Topic Berkaitan
#Astro
#Projek High Council
#penstriman haram
#penuntut universiti didenda
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan