awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon wanita, suami turut disiasat tipu tawaran darjah kebesaran

Bernama
Bernama
08/03/2026
04:56 MYT
Pelakon wanita, suami turut disiasat tipu tawaran darjah kebesaran
Pelakon berkenaan dan suaminya, direman tiga hari sebelum disambung sehari lagi hingga hari ini. - Gambar fail/Bernama
Pelakon wanita dan suami yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tipu jual beli tanah, kini disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran sebuah negeri yang tidak wujud melibatkan kerugian RM23,120.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 18 Dis tahun lepas dengan mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran “Datuk”.
“Dia kemudian membuat transaksi pembayaran sebanyak enam kali bermula Januari hingga November 2025 membabitkan jumlah tersebut sebelum menyedari ditipu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pelakon berkenaan dan suaminya, direman tiga hari sebelum disambung sehari lagi hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Tahan
#pelakon wanita
#suami
#tipu
#darjah kebesaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan