awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan perolehan UiTM utamakan syarikat bumiputera - MOF

Bernama
Bernama
01/06/2025
10:40 MYT
Pelaksanaan perolehan UiTM utamakan syarikat bumiputera - MOF
Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh terus melaksanakan sepenuhnya Dasar Keutamaan Bumiputera dalam perolehan kerajaan, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PK1.5.
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh meneruskan sepenuhnya Dasar Keutamaan Bumiputera dalam pelaksanaan dasar perolehan kerajaan yang memberi keutamaan kepada syarikat bumiputera, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (PK1.5).

Ringkasan AI
  • Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh terus melaksanakan sepenuhnya Dasar Keutamaan Bumiputera dalam perolehan kerajaan, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PK1.5.
  • MOF menafikan dakwaan PUTRA bahawa UiTM meminggirkan hak bumiputera, dan menjelaskan bahawa pindaan PK1.5 tahun 2025 bertujuan memperkukuh profesionalisme bumiputera, bukan menjejaskan dasar sedia ada.
  • UiTM tidak tertakluk kepada peraturan perolehan di bawah CPTPP kerana ia merupakan badan berkanun, dan MOF komited memastikan semua agensi kerajaan menyokong agenda pemerkasaan bumiputera.

Hal itu sekali gus menafikan dakwaan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) melalui media sosialnya bahawa UiTM meminggirkan hak bumiputera menerusi pelaksanaan perolehan universiti itu.
"Pindaan PK1.5 yang dibuat oleh MOF baru-baru ini, berkuat kuasa tahun 2025 adalah berkaitan penetapan Ketua Kewangan atau financial controller bagi syarikat adalah perlu bertaraf bumiputera, sebagai langkah mengukuhkan lagi profesionalisme bumiputera. Pindaan ini terpakai terhadap perolehan oleh UiTM.
"Sebaliknya, pindaan tahun 2025 kepada pelaksanaan peraturan perolehan kerajaan mengikut Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) adalah tidak terpakai kepada UiTM yang merupakan badan berkanun, yang tidak termasuk dalam ruang lingkup perjanjian tersebut," menurut MOF menerusi kenyataan hari ini.
Justeru, MOF memaklumkan UiTM merupakan entiti kerajaan yang boleh meneruskan sepenuhnya Dasar Keutamaan Bumiputera dalam perolehan kerajaan dan ia tidak sama sesekali meminggirkan agenda pemerkasaan bumiputera dalam pelaksanaan perolehan dan projek.
"MOF akan memastikan setiap pelaksanaan perolehan menyokong Dasar Keutamaan Bumiputera oleh semua agensi kerajaan meningkatkan lagi keupayaan syarikat bumiputera dalam persekitaran ekonomi yang kondusif," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UiTM
#Kementerian Kewangan
#Dasar Keutamaan Bumiputera
#Pekeliling Perbendaharaan
#PUTRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan