awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pekerja bengkel cat kereta kekal dipenjara 30 tahun bunuh warga emas
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket pusat panggilan kripto palsu tumpas, 22 warga China ditahan

Bernama
Bernama
09/04/2026
05:07 MYT
Sindiket pusat panggilan kripto palsu tumpas, 22 warga China ditahan
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin (tengah) melihat peralatan sindiket penipuan pelaburan kripto yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. - Foto Bernama
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan kripto tidak wujud yang menyasarkan warga Eropah menerusi serbuan di sebuah inap desa di Bagan Datuk, Selasa lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata serbuan kira-kira 1 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, hasil risikan dan maklumat diperoleh.
"Hasil operasi tersebut, polis menahan 22 warga China terdiri daripada 19 lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun, dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan pelaburan kripto yang tidak wujud.
"Pemeriksaan awal mendapati inap desa tersebut dijadikan pusat panggilan sindiket terbabit dan aktif menawarkan pelaburan kripto tidak wujud menerusi platform dalam talian sejak Februari lepas," katanya pada sidang media di IPK Perak di sini hari ini.
Noor Hisam berkata siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi menggunakan platform dikenali sebagai “Pyxora Labs” dan menyasarkan mangsa dari Itali.
Beliau memaklumkan sindiket berkenaan akan berkomunikasi dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram sebelum mempengaruhi mereka untuk menyertai pelaburan palsu tersebut.
“Mangsa kemudian diarahkan membuat pembayaran dalam bentuk mata wang kripto USDT (mata wang kripto) melalui aplikasi atau laman web yang dikawal sindiket,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut termasuk 35 telefon bimbit, sembilan komputer riba, enam tetikus komputer, dua router, dua modem dan dua penyambung wayar dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM95,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta Seksyen 120(b) kanun sama kerana pakatan jenayah dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.
"Kesemua suspek kini direman empat hari bermula 7 April bagi membantu siasatan lanjut," katanya, bahawa siasatan awal mendapati tiada penglibatan warga tempatan dalam sindiket tersebut.
Beliau berkata kesemua suspek memiliki pasport sah, namun pihak polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi menyiasat kaedah kemasukan mereka ke negara ini serta menyiasat sama ada sindiket itu terkait dengan kumpulan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#sindiket
#pelaburan
#kripto
#Noor Hisam Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan