awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan tindakan fasa pertama tangani isu industri kreatif mula suku ketiga tahun ini

Bernama
Bernama
26/06/2023
15:35 MYT
Pelan tindakan fasa pertama tangani isu industri kreatif mula suku ketiga tahun ini
Perbincangan tersebut adalah untuk menganalisis dapatan daripada empat sesi dialog awam bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif dan filem, yang telah diadakan sebelum ini. - Gamnbar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelan tindakan fasa pertama bagi menyelesaikan isu yang membelenggu pemain industri kreatif tempatan, akan bermula seawal suku ketiga tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata semua permasalahan itu akan diselesaikan mengikut fasa, menerusi pelan tindakan yang telah dibentangkan dalam satu perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama agensi di bawahnya, hari ini.
Fahmi berkata perbincangan tersebut adalah untuk menganalisis dapatan daripada empat sesi dialog awam bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif dan filem, yang telah diadakan sebelum ini.
"Enam bulan pertama, saya ingin pastikan suara pemain industri kreatif didengari. Semestinya, mereka lah yang paling tahu masalah yang berlaku dalam industri ini. Saya telah mendengar suara anak seni melalui empat sesi dialog awam.
"Adakah 'mendengar' sahaja sudah cukup? Tidak. Itu hanya langkah pertama untuk saya faham masalah yang dihadapi," katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.
Justeru, Fahmi berkata pelan tindakan yang dibentangkan dalam perbincangan itu merupakan selangkah ke arah reformasi industri kreatif tanah air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelan Tindakan
#industri kreatif
#Fahmi Fadzil
#muzik
#persembahan
#filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan