awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan dobi disamun dengan parang

Sinar Harian
Sinar Harian
12/09/2018
07:14 MYT
Pelanggan dobi disamun dengan parang
Mangsa (kiri) diserang dua lelaki bersenjatakan parang ketika berada di premis dobi layan diri. -Foto Sinar Harian
Video rakaman seorang wanita yang sedang menggunakan perkhidmatan dobi layan diri diserang dua lelaki bersenjatakan parang tular di media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah lokasi dekat Bandar Puteri Jaya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan seorang wanita bertudung sedang duduk seorang diri di kedai dobi layan diri.
Secara tiba-tiba, datang seorang lelaki yang berlagak sebagai pelanggan cuba mendekati dan berbual dengannya sebelum cuba menyamun telefon bimbit mangsa.
Suspek turut mengacukan parang ke arah mangsa dan merampas beg tangan.
Mangsa juga diarah menyerahkan rantai tangan sebelum seorang lagi lelaki muncul dan meragut rantai leher dengan menyelak tudung mangsa.
Kedua-dua penjenayah itu kemudian melarikan diri.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Bandar Puteri Jaya
#CCTV
#dobi layan diri
#dua lelaki bersenjatakan parang
#Sazalee Adam
#Video rakaman
#wanita bertudung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan