awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan gerai burger patah tulang rusuk dilanggar ketika menjamu makanan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/06/2025
14:34 MYT
Pelanggan gerai burger patah tulang rusuk dilanggar ketika menjamu makanan
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh mangsa yang sedang duduk di meja makan. - Foto FB Kelab Info Malaysia
SHAH ALAM: Seorang lelaki patah tulang rusuk selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang menikmati makanan di sebuah gerai burger dalam kejadian di Jalan Malung 17/19, Seksyen 17 di sini, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh mangsa yang sedang duduk di meja makan.
"Selepas merempuh mangsa, kereta itu turut melanggar sebuah lagi kenderaan jenis Proton Waja yang diparkir di tepi jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Mohd Iqbal berkata, pemandu terbabit ditahan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk diambil sampel darah bagi ujian pengesanan alkohol dan dadah.
Kes itu ujarnya disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh bahan terlarang sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875.
Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan mangsa terbaring selepas dirempuh kenderaan. Suspek juga kelihatan berada di tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#video tular
#dirempuh
#kemalangan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan