awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan bukti kerajaan tidak diskriminasi jantina - Azalina

Bernama
Bernama
13/07/2020
13:20 MYT
Pelantikan bukti kerajaan tidak diskriminasi jantina - Azalina
Azalina dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang Dipertua dewan berkuat kuasa hari ini selepas namanya dicadang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -Bernama
Pelantikan wanita buat pertama kali dalam sejarah negara bagi memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat secara tidak langsung membuktikan kerajaan Malaysia tidak mendiskiriminasi jantina, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pengerang yang baru dipilih untuk jawatan itu, berkata ia membuktikan bahawa kerajaan hanya melihat pada kelayakan.
"Saya lihat ini satu pendekatan baik bagi Malaysia. Sebelum ini kita tahu bahawa pernah ada Timbalan Speaker wanita di Dewan Negara ...kini di Dewan Rakyat.
"Saya harap ini akan jadi langkah permulaan ...mungkin pada masa-masa akan datang ada speaker (wanita) untuk kedua-dua Dewan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Azalina dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang Dipertua dewan berkuat kuasa hari ini selepas namanya dicadang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang meletak jawatan.
Azalina mengakui berlaku ketegangan antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, bagaimanapun beliau berharap setiap Ahli Parlimen sedar tanggungjawab masing-masing di Parlimen.
"Jika kita tahu yang kita mewakili rakyat, jadi mari bincangkan tentang isu-isu rakyat.
"Kita ada rang undang-undang mengenai COVID-19, terdapat banyak undang-undang yang kita perlu teliti supaya negara boleh terus maju ...harap semua Ahli Parlimen yang mewakili kawasan masing-masing bincangkan semua perkara ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Azalina Othman Said
#Dewan Negara
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Nga Kor Ming
#Parlimen
#pembangkang
#Perdana Menteri
#rakyat
#Teluk Intan
#undang-undang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan