awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarasan semula gaji, elaun tetap penjawat awam bukti Anwar laksanakan janji - Cuepacs

Bernama
Bernama
24/07/2023
11:53 MYT
Pelarasan semula gaji, elaun tetap penjawat awam bukti Anwar laksanakan janji - Cuepacs
Adnan berkata khabar gembira itu diumumkan hanya dalam tempoh seminggu selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan Anwar pada 18 Julai lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jaminan semakan semula skim gaji serta beberapa elaun tetap penjawat awam yang akan diumum dalam masa terdekat, bukti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa melaksanakan apa diperkatakannya.
Malah, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata khabar gembira itu, diumumkan hanya dalam tempoh seminggu selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan Anwar pada 18 Julai lepas, untuk memberikan pandangan dalam soal pelarasan elaun tetap.
"Cuepacs memberi jaminan kesungguhan Perdana Menteri, pasti akan diterjemahkan dengan kualiti perkhidmatan yang terbaik oleh warga perkhidmatan awam.
"Penjawat awam akan menjadi pemudah cara terbaik dalam pemulihan ekonomi negara, selaras dengan usaha Perdana Menteri untuk memulihkan semula ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri berkata beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam akan diumumkan dalam seminggu dua lagi dan beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji penjawat awam, minggu hadapan.
Manakala pada 13 Julai, beliau berkata skim gaji penjawat awam akan dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara, dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad, sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.
Adnan berkata jaminan diberikan Anwar yang juga Menteri Kewangan itu bermakna, janji untuk melaksanakan pelarasan semula skim gaji penjawat awam akhirnya akan menjadi sebuah kenyataan, setelah sekian lama ia dinantikan.
Antara lain, Adnan berkata ketika pertemuan dengan perdana menteri sebelum ini, Cuepacs mencadangkan pertambahan Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebanyak RM100, serta pembayaran penuh elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan.
"Walau apa jua keputusan kerajaan, penjawat awam akan terus kekal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara, tanpa berbelah bahagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#Adnan Mat
#semakan semula skim gaji
#elaun tetap penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan