awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluru berpandu Patriot AS jatuh di kawasan perumahan Bahrain

Bernama
Bernama
10/03/2026
03:35 MYT
Peluru berpandu Patriot AS jatuh di kawasan perumahan Bahrain
Insiden itu berlaku selepas sistem pertahanan diaktifkan untuk menangkis serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan AS di Bahrain. - Gambar/ Media sosial
Sumber berita Bahrain melaporkan satu peluru berpandu pemintas Patriot milik sistem pertahanan Amerika Syarikat (AS) jatuh ke atas kawasan kediaman di negara Arab itu, mengakibatkan beberapa orang awam cedera, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Media Bahrain pada Isnin melaporkan bahawa peluru berpandu Patriot milik sistem pertahanan udara AS yang ditempatkan di negara itu mengalami kerosakan teknikal sebelum jatuh ke atas rumah milik penduduk Bahrain.
Insiden yang menyebabkan beberapa individu cedera itu berlaku selepas sistem pertahanan diaktifkan untuk menangkis serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan AS di rantau itu, termasuk Pangkalan Udara Isa di selatan Bahrain, sejak Ahad malam.
Media Bahrain turut melaporkan bahawa pengerahan sistem Patriot AS di kawasan kediaman dan berhampiran kawasan kejiranan awam berpunca daripada kebimbangan Washington bahawa sistem itu menjadi sasaran peluru berpandu canggih Iran.
-- BERNAMA-MNA
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#Bahrain
#Patriot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan