awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain tidak 100 peratus cergas tidak akan disenarai ke Piala Thomas - Chong Wei

Bernama
Bernama
03/04/2026
08:28 MYT
Pemain tidak 100 peratus cergas tidak akan disenarai ke Piala Thomas - Chong Wei
Chong Wei turut memaklumkan bahawa tarikh akhir penyerahan senarai nama pemain negara ialah pada 11 April ini. - Gambar fail
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan isyarat jelas bahawa pemain yang tidak berada pada tahap kecergasan 100 peratus, tidak akan disenaraikan bagi membawa cabaran negara pada saingan Piala Thomas 2026 di Denmark, akhir bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM Datuk Seri Lee Chong Wei berkata biarpun Lee Zii Jia menjadi aset penting kepada skuad negara, badan induk itu tidak akan mengambil risiko menyenaraikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu yang sebelum ini dibelenggu kecederaan.
Beliau berkata sekiranya kecederaan dialami Zii Jia belum pulih sepenuhnya, skuad kebangsaan bersedia menurunkan pemain lain yang benar-benar cergas bagi memastikan skuad kebangsaan kekal kompetitif sepanjang kejohanan berpasukan itu.
“Kita tidak akan bawa pemain yang tidak 100 peratus cergas ke Piala Thomas kerana kejohanan itu sangat penting, sama seperti Piala Dunia dalam bola sepak,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Beliau berkata Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Kenneth Jonassen kini sedang memantau situasi tersebut dan sentiasa berhubung dengan Liew Daren selaku jurulatih Zii Jia, bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai kecederaan buku lali yang dialami pemain itu.
Chong Wei turut memaklumkan bahawa tarikh akhir penyerahan senarai nama pemain negara ialah pada 11 April ini, sekali gus memberi masa kepada barisan kejurulatihan untuk menilai sama ada bekas juara All England itu mampu kembali cergas sepenuhnya.
“Zii Jia tidak datang latihan sebelum ini sebab cedera dan maklumat yang saya dapat, Zii Jia akan datang esok di ABM, namun masih belum pasti. Jadi kita masih belum mengetahui tahap keadaannya,” kata Chong Wei.
Biarpun berdepan ketidaktentuan itu, Chong Wei tetap berpuas hati terhadap perkembangan pemain perseorangan lain termasuk Leong Jun Hao dan Justin Hoh, yang menampilkan prestasi baik dalam latihan.
Chong Wei turut mendoakan agar Zii Jia segera pulih, sambil menegaskan bahawa prestasi cemerlang pada Thomas Cup 2026 akan menjadi suntikan semangat buat pasukan kebangsaan serta kebangkitan semula pemain itu secara individu.
Piala Thomas dan Uber 2026 akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan
#badminton
#Lee Zii Jia
#Piala Thomas
# Lee Chong Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan