awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu alami sawan punca kemalangan di Melaka

Bernama
Bernama
24/11/2025
09:49 MYT
Pemandu alami sawan punca kemalangan di Melaka
Kejadian pada 1.50 tengah hari berlaku apabila Honda Civic dipandu jurujual berusia 26 tahun dari arah Jonker Walk menuju Jalan Tun Ali dilanggar dari belakang. - Gambar hiasan
MELAKA: Dua kereta terlibat kemalangan di Jalan Hang Tuah di sini semalam, dipercayai berlaku selepas seorang daripada pemandu mengalami sawan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian pada 1.50 tengah hari berlaku apabila Honda Civic dipandu jurujual berusia 26 tahun dari arah Jonker Walk menuju Jalan Tun Ali dilanggar dari belakang.
"Pemandu itu membelok masuk ke simpang kanan sebelum keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah Honda Jazz dipandu lelaki 24 tahun yang datang dari arah Jalan Munshi Abdullah menuju Jalan Panglima Awang.
"Siasatan awal mendapati pemandu Honda Jazz mengalami sawan dan telah dibawa ke Hospital Melaka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dua pemandu itu tidak mengalami kecederaan serius dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Rule 10 LN 166/59.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#kemalangan melaka
#Jonker Walk
#pemandu sawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami