awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2024
10:31 MYT
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Muhammad Faris Zaharuddin (depan, tengah) tiba di pekarangan Mahkamah Kemaman pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
KEMAMAN: Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
Tertuduh, Muhammad Faris Zaharuddin Mohd Fadli, 28, yang merupakan pemandu kedua membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memegang payudara dan kemaluan wanita berusia 23 tahun itu ketika berada di tempat duduk dalam sebuah bas ekspres.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Plaza Tol Chukai kira-kira jam 11.30 malam pada 23 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebat.
Sharifah Amirda Shaha kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 selain menetapkan 25 September depan sebagai sebutan semula kes.
Sebelum ini, mangsa yang merupakan seorang jurujual yang berasal dari Marang telah membuat laporan polis dengan mendakwa dicabul lelaki itu ketika dalam perjalanan menaiki bas tersebut dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Salak Selatan Baru, sebaik mangsa tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes cabul
#pemandu bas
#penumpang bas
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan