awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas persiaran rempuh 10 kenderaan di PLUS bebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
14/07/2016
04:04 MYT
Pemandu bas persiaran rempuh 10 kenderaan di PLUS bebas dengan jaminan polis
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, bas tersebut merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan kerana dipercayai mengalami masalah brek. - Gambar fail
Pemandu bas persiaran yang merempuh bahagian belakang 10 kenderaan lain berhampiran Terowong Menora Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman empat hari berakhir hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata pemandu berkenaan yang berumur 51 tahun belum boleh didakwa kerana polis belum menerima laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
"Kami telah merujuk kertas siasatan kes kepada timbalan pendakwa raya semalam dan apabila laporan (Puspakom) siap kami akan rujuk semula kepadanya," katanya kepada pemberita selepas program 'High Profile Policing' di Tesco Pengkalan di sini hari ini.
Menurut Sum, pihak polis juga telah mengambil keterangan semua pemilik kenderaan serta penumpang bas yang terlibat untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, bas tersebut merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan kerana dipercayai mengalami masalah brek.
Semua 28 penumpang bas, pemandu dan penumpang kenderaan lain selamat kecuali hanya seorang wanita berumur 21 tahun yang mengalami kesakitan di bahagian perut.
Bas persiaran itu mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan, manakala pemandu berkenaan memiliki sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak 2011 hingga 2015.
Topic Berkaitan
#ACP Sum Chang Keong
#bas rempuh 10 kereta
#pemandu dibebas dengan jaminan
#Terowong Menora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan