awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu ditemui rentung dalam kemalangan

Bernama
Bernama
31/08/2021
14:20 MYT
Pemandu ditemui rentung dalam kemalangan
Setakat ini, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang individu ditemukan rentung dalam kereta dipandunya yang terbabas lalu merempuh lori dan penghadang jalan sebelum terbakar di Kilometer 407, Lembah Beringin - Tanjung Malim, Lebuhraya PLUS (arah utara) dekat sini, pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.14 petang tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dan Sentosa ke lokasi kejadian.
"Sebuah kenderaan jenis SsangYong didapati terbakar 100 peratus dan terdapat seorang pemandu di dalamnya rentung serta tiada penumpang lain yang terlibat," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata setakat ini, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.
Beberapa video kemalangan itu turut tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#rentung
#terbakar
#Lebuhraya PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan