awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Grab maut dijerut

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2018
00:58 MYT
Pemandu Grab maut dijerut
Mayat Aiman Nosri dijumpa di dalam kenderaannya dalam keadaan tertungkup di tempat letak kereta flat Selayang Baru. - Astro AWANI
Misteri kehilangan seorang pemandu Grab terjawab selepas ditemui mati akibat dijerut, di dalam kenderaannya berdekatan flat Selayang Baru malam tadi.
Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi hitam itu ditemui polis kira-kira jam 11 malam di tempat letak kereta flat berkenaan.
Pihak polis terpaksa memecahkan cermin kenderaan mangsa untuk memeriksa keadaannya.
Pemeriksaan forensik menemui mayat mangsa di bahagian tempat duduk pemandu.
Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Polis forensik memeriksa keadaan mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri. - Astro AWANI
Polis forensik memeriksa keadaan mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri. - Astro AWANI
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Aiman Nosri, 27 tahun, kali terakhir bertugas membawa penumpang pada Khamis jam 9.34 malam dari Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Selayang Baru.
Apabila mangsa tidak pulang, keluarganya segera membuat laporan polis.
Sehingga kini, motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Bernama melaporkan, mayat ditemui dalam keadaan tertungkup di mana kepalanya di bawah mengenai lantai kereta dan kaki di atas.
Memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Tey Kong Seng, laporan itu juga berkata polis menemui dua telefon bimbit, sepasang kasut berserta stokin, sepasang selipar dan sehelai baju di dalam kereta tersebut, namun tiada senjata dijumpai di tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#flat
#flat selayang
#grab
#jerut
#maut
#Myvi
#pemandu Grab
#Selayang Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan