awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori didakwa cuba bunuh anggota polis, langgar dengan pacuan empat roda

Bernama
Bernama
14/08/2025
10:50 MYT
Pemandu lori didakwa cuba bunuh anggota polis, langgar dengan pacuan empat roda
Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang keluar Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) ke Jalan Tun Razak, pada 9.05 pagi, 8 Ogos lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dengan melanggarnya menggunakan kenderaan pacuan empat roda sehingga mengalami kecederaan.

Ringkasan AI
  • Seorang pemandu lori, Muhammad Farhan Baharudin, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh anggota polis dengan melanggarnya menggunakan kenderaan pacuan empat roda di simpang keluar AKLEH ke Jalan Tun Razak pada 8 Ogos.
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan; mangsa mengalami kecederaan di lutut, siku dan dada.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat melapor diri sebulan sekali di balai polis, dengan sebutan kes ditetapkan pada 6 Oktober.

Muhammad Farhan Baharudin, 34, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Mohamad Sallehin Ab Rahman, 35, sehingga mangsa mengalami abrasion wound over right knee dan right elbow bruising over right lower chest wall, yang perbuatan itu boleh menyebabkan kematian terhadap mangsa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di simpang keluar Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) ke Jalan Tun Razak, pada 9.05 pagi, 8 Ogos mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda atau penjara maksimum 20 tahun jika kecederaan dilakukan, sekiranya sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Faizah Khalilah Zaberi memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Peguam Mohd Fikah Sanusi yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan perlu menanggung isteri, seorang anak berumur enam tahun serta ayahnya yang sakit.
Hakim Izralizam Sanusi yang menetapkan sebutan kes pada 6 Okt ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar anggota polis
#cubaan bunuh
#pemandu lori
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan