awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta
Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori didakwa rompak pekerja klinik warga Pakistan guna parang

Seth Akmal
Seth Akmal
19/03/2026
05:43 MYT
Pemandu lori didakwa rompak pekerja klinik warga Pakistan guna parang
P. Sangara Lingam, 50, didakwa bersama-sama seorang lagi individu yang masih bebas melakukan perbuatan itu terhadap Sajid Ahmed Abbasi, 35, dengan mengambil sebentuk cincin mangsa di sebuah klinik di Bangsar pada 2 petang 4 Mac lepas. -Gambar hiasan
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang terhadap seorang pekerja sebuah klinik warga Pakistan, awal bulan ini.
P. Sangara Lingam, 50, didakwa bersama-sama seorang lagi individu yang masih bebas melakukan perbuatan itu terhadap Sajid Ahmed Abbasi, 35, dengan mengambil sebentuk cincin mangsa di sebuah klinik di Bangsar pada 2 petang 4 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin tidak menawarkan jaminan namun sekiranya mahkamah membenarkan, pihaknya memohon jumlah RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Peguam Tripatjit Singh pula memohon jaminan paling minimum atas alasan Sangara Lingam menanggung dua anak yang masih belajar dan ibunya menghidap penyakit buah pinggang.
"Anak guam saya juga mengalami sakit usus dan telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan... tujuan jaminan ialah untuk memastikan tertuduh hadir di mahkamah dan bukan satu bentuk hukuman, jadi saya mohon mahkamah membenarkan jumlah jaminan yang paling minimum," katanya.
Hakim Suhaila Haron membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan, dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#rompak
#senjata
#pekerja klinik
#cincin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan