awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori maut dihempap lori tanah 10 tan di Antara Gapi

Bernama
Bernama
07/04/2025
04:10 MYT
Pemandu lori maut dihempap lori tanah 10 tan di Antara Gapi
Menurut polis, proses bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan parah di kepala. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan di Antara Gapi, Hulu Selangor, dekat sini, petang semalam.
Mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan baru sahaja selesai mengeluarkan muatan tanah daripada lori berkenaan sebelum dihempap kenderaan berat tersebut yang tiba-tiba condong dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu.
"Selepas mengeluarkan semua muatan tanah, lori itu tiba-tiba condong dan hampir terbalik ke sebelah kanan. Mangsa bertindak turun untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat dan dihempap kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Asri berkata proses bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut supaya tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hulu Selangor
#pemandu lori maut
#dihempap lori
#lori tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan