awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori muatan ayam sejuk beku maut nahas

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2023
14:31 MYT
Pemandu lori muatan ayam sejuk beku maut nahas
Seorang pemandu maut selepas lori muatan ayam sejuk beku dipandunya dipercayai dirempuh sebuah kereta di Kilometer 46.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Ahad. - Sinar Harian
KLUANG: Seorang pemandu maut selepas lori muatan ayam sejuk beku dipandunya dipercayai dirempuh sebuah kereta di Kilometer 46.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Ahad.
Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Nizar Ma'mun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.25 pagi.
Susulan itu katanya, tujuh anggota dari BBP Renggam dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa ayam sejuk beku dengan kereta Honda FD melibatkan dua mangsa.
"Kemalangan itu mengakibatkan lori berkenaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik, muatan ayam sejuk beku bertaburan atas jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, pemandu lori tersebut yang berusia 39 tahun tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara pemandu Honda FD berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujar beliau.
Terdahulu, tular video rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang merakam detik kemalangan maut itu hingga mendapat reaksi netizen.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#muatan ayam sejuk beku
#Nahas
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan