awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori pasir maut terbabas dalam parit

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2022
15:45 MYT
Pemandu lori pasir maut terbabas dalam parit
Mangsa yang memandu lori seberat lebih 40 tan sebelum itu terbabas dan merempuh tembok sehingga terjunam ke dalam parit. - Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu maut akibat terperangkap selepas lori muatan pasir dipandunya terjunam ke dalam parit di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ibrahim di sini pada Sabtu.
Pemandu berkenaan, Rosnani Siam, 47, yang memandu lori seberat lebih 40 tan sebelum itu terbabas dan merempuh tembok sehingga terjunam ke dalam parit.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Suhaimi Jamal berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kren seberat 350 tan bagi mengangkat lori pasir berkenaan keluar daripada parit terbabit.
"Operasi sedikit rumit memandangkan permukaan lori pasir terbenam hampir empat meter di kawasan yang dipenuhi air.
"Kita menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian ini pada jam 8.51 pagi sebelum 20 anggota dari BBP Larkin bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, terdapat sebuah lori dengan muatan pasir terbabas dan jatuh ke dalam parit berair," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa dijumpai terperangkap dal timbunan pasir dan PKO menggunakan kren untuk menarik lori berkenaan keluar daripada parit.
"Kita turut menerima bantuan enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dari BBP Skudai dalam operasi menyelamat dan air dalam parit terbabit ketika itu kira-kira dua meter dalam," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#terbabas
#lori muatan pasir
#Jalan Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan