awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu mabuk, positif dadah sebabkan kematian penunggang motosikal direman empat hari

Reuters
Reuters
30/03/2026
02:54 MYT
Pemandu mabuk, positif dadah sebabkan kematian penunggang motosikal direman empat hari
Seorang lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat di sini, semalam direman empat hari. - Foto BERNAMA
Seorang lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat di sini, semalam direman empat hari.
Perintah tahanan reman sehingga Khamis terhadap suspek berumur 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat selepas suspek dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Suspek yang hadir memakai baju-T berkolar berwarna putih dan berseluar pendek kelabu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat.
Beliau berkata insiden kira-kira 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa, seorang lelaki berusia 30-an, tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu suspek menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya serta dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.
Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia.
Rakaman video kemalangan itu turut tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh sebuah motosikal sehingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu
#mabuk
#Dadah
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan