awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan lori

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2023
21:15 MYT
Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan lori
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto Sinar Harian
MERSING: Seorang lelaki maut, sementara seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori di Jalan Mersing, Batu 10 di sini, pada Khamis.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Amir Hamzah Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada 2.24 petang.
Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau serta tujuh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari BBP Mersing bersama satu jentera FRT, satu jentera LFRT dan satu EMRS dihantar ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan, jenis Perodua Myvi dan sebuah lori membawa muatan barang.
"Pemandu Perodua Myvi telah tersepit dalam kenderaan dan kerja-kerja penyelamatan dibuat dengan menggunakan peralatan khas.
Keadaan kereta Myvi yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Mersing, Batu 10 pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Keadaan kereta Myvi yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Mersing, Batu 10 pada Khamis. - Foto Sinar Harian
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi sementara pemandu lori mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan di lokasi," katanya.
Beliau berkata, operasi ditamatkan sekitar 3.20 petang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perodua Myvi
#Lori
#kemalangan maut
#pemandu tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan