awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taylor Swift, Travis Kelce bakal berkahwin 3 Julai ini?
Tarikh akhir permohonan lepasan SPM ke IPT dilanjut sehingga 13 April
Konflik Asia Barat: Gangguan internet di Iran melebihi 1,000 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Range Rover disyaki mabuk rempuh van dinaiki enam individu

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2026
07:40 MYT
Pemandu Range Rover disyaki mabuk rempuh van dinaiki enam individu
Tangkap layar video tular memaparkan kemalangan di Jalan Pintasan Kajang–Semenyih di sini awal pagi Selasa. -Foto Sinar Harian
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover Velar disyaki mabuk melanggar van dinaiki enam individu dalam kejadian di Jalan Pintasan Kajang–Semenyih di sini awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kenderaan SUV dipandu lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang van jenis Mazda E1800 Wagon.
"Akibat pelanggaran tersebut, van terbabit terbalik di bahu kiri jalan, pemandu bersama lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang serta Hospital Serdang.
"Manakala, pemandu Range Rover tidak mengalami sebarang kecederaan, lelaki itu direman dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nurul Shaffika Mohd Shair di talian 013-2091766 bagi membantu siasatan.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#SUV
#jenis Range Rover Velar
#Jalan Pintasan Kajang–Semenyih
#Mazda E1800 Wagon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan