awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu treler terlibat kemalangan maut di Segamat direman empat hari

Bernama
Bernama
03/04/2026
02:48 MYT
Pemandu treler terlibat kemalangan maut di Segamat direman empat hari
Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu ialah pasangan suami isteri dan pemandu van. - Foto fail/JBPM Johor
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu, petang semalam direman empat hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Jumazanzahir Chek Ismail ketika dihubungi berkata perintah reman hingga Isnin terhadap lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Amalina Johar di Mahkamah Majistret Segamat hari ini.
Beliau berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu ialah pasangan suami isteri dan pemandu van.
“Si mati adalah pemandu yang juga abang kepada wanita daripada pasangan suami isteri itu manakala dua mangsa yang cedera ialah cucu kepada pemandu,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata kemalangan berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki melanggar bahagian belakang sebuah van dinaiki kesemua mangsa.
Akibat pelanggaran itu, van berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori.
Hasil saringan awal air kencing mendapati pemandu treler itu positif terhadap dadah jenis methamphetamine manakala kemalangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#pemandu treler
#maut
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan