awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM40 juta bagi projek Sejati MADANI di Melaka
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu wanita maut kereta rempuh pokok

Bernama
Bernama
12/04/2026
05:01 MYT
Pemandu wanita maut kereta rempuh pokok
Mangsa maut apabila kereta dipandunya merempuh sebatang pokok di Lorong Lanag 61, Jalan Lanang, tengah malam tadi. - Gambar/ JBPM
Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya merempuh sebatang pokok di Lorong Lanag 61, Jalan Lanang, di sini tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata akibat daripada kemalangan itu, mangsa yang berusia 46 tahun tersepit di tempat duduk pemandu.
Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada 12.45 tengah malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergerak ke lokasi.
“Pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kemalangan maut
#Sibu
#kereta langgar pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan