awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu wanita rentung kereta terbakar dalam kemalangan

Bernama
Bernama
15/08/2022
09:55 MYT
Pemandu wanita rentung kereta terbakar dalam kemalangan
Pasukan bomba mendapati pemandu kereta Proton Saga rentung di dalam kenderaannya selepas pemadaman kebakaran selesai. - Gambar/ JBPM
LIMBANG: Seorang pemandu wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Nanga Medamit, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dan polis di tempat kejadian mengenal pasti mangsa, Dorris Serudin, 55, yang memandu kereta jenis Proton Saga manakala pemandu lelaki kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux cedera.
Komander operasi dari BBP Limbang Awangku Mohd Hazman Awang Zainal, berkata, setiba di lokasi kejadian, kereta Proton Saga itu terbakar dan kenderaan Hilux terbabas di tepi jalan.
"Selepas pemadaman selesai, pasukan bomba mendapati pemandu kereta Proton Saga rentung di dalam kenderaan itu sebelum mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya
Menurutnya, pemandu lelaki kenderaan pacuan empat roda itu yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital oleh orang ramai untuk menerima rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#kereta terbakar
#pemandu rentung
#Limbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan