awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti

Bernama
Bernama
23/05/2024
15:48 MYT
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti. - BERNAMA
KANGAR: Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti dan berupaya memberikan pendidikan yang bermakna dan berimpak tinggi kepada generasi pewaris negara.
"Guru-guru juga perlu menyahut cabaran ini dengan melengkapi diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kompetensi berkaitan pedagogi dan pengurusan pengajaran serta pembelajaran yang berkualiti, berkesan serta bermakna kepada murid agar setanding dengan rakan sebaya mereka di negara serantau," titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Istana Arau itu memaklumkan Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hussein di sekolah tersebut di Arau hari ini.
Turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, sekolah adalah wadah memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui kurikulum kebangsaan yang dirangka khusus untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi serta jasmani sebagaimana terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Baginda turut bertitah menyeru pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Perlis serta pihak sekolah bergerak seiring, sederap dan seirama untuk memperkukuhkan sokongan kepada guru-guru melalui program peningkatan kompetensi yang berkesan berdasarkan pengalaman dan keperluan mereka.
"...serta mengambil segala inisiatif untuk menggembleng tenaga bagi merapatkan kesenjangan literasi di kalangan murid dalam memastikan tiada murid yang tercicir daripada dunia pendidikan," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemangku Raja Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#transformasi pendidikan
#guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan