awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemansuhan lesen PSV masih di peringkat perbincangan - SPAD

Bernama
Bernama
15/07/2016
12:48 MYT
Pemansuhan lesen PSV masih di peringkat perbincangan - SPAD
Syed Hamid Albar (gambar) berkata SPAD masih mengkaji cadangan itu dan ia perlu mendapat kerjasama pihak yang berkaitan sebelum menentukan sebarang keputusan. -Gambar fail
Cadangan pemansuhan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) masih dalam peringkat perbincangan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata SPAD masih mengkaji cadangan itu dan ia perlu mendapat kerjasama pihak yang berkaitan sebelum menentukan sebarang keputusan.
"SPAD tak boleh buat keputusan sendiri. Buat masa ini, kami masih lagi berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, SPAD mengusulkan cadangan pemansuhan lesen PSV itu agar ia digantikan dengan sistem baharu bagi diseragamkan dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar.
Namun, beberapa syarikat operator teksi yang beroperasi di ibu negara telah menyuarakan pandangan supaya SPAD meneliti semula cadangan pemansuhan lesen tersebut.
Sementara itu, Penasihat Big Blue Capital (M) Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail menggesa agar lesen PSV tidak dihapuskan, sebaliknya mempertingkatkan sistemnya agar menjadi lebih baik dan berkualiti.
"SPAD dan JPJ perlu bekerjasama dalam meningkatkan standard lesen PSV... naikkan tahapnya, jadi kita akan dapat pemandu yang berkualiti.
"Betulkan industri teksi sedia ada terlebih dahulu, kemudian baru buka ruang kepada pemandu Uber dan GrabCar," katanya yang mewakili 800 pemandu teksi daripada syarikat itu pada sidang media berasingan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Shamsubahrin menyeru agar pengurusan tertinggi SPAD turun padang untuk melihat sendiri nasib pemandu teksi sebelum meluluskan sesuatu cadangan.
Beliau mengulas mengenai langkah pemansuhan lesen PSV yang bakal dilaksanakan SPAD selepas ini sebagai sebahagian daripada 11 inisiatif di bawah pelaksanaan sistem E-hailing bagi mentransformasikan perkhidmatan teksi, Uber dan GrabCar.
Topic Berkaitan
#GrabCar
#JPJ
#Kenderaan Pengangkutan Awam
#PSV
#SPAD
#Syed Hamid Albar
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan