awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembaca meter air cedera bergelut dengan anjing

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2018
09:59 MYT
Pembaca meter air cedera bergelut dengan anjing
Mubarak Basir Mohamad Kassim, 55, patah pergelangan tangan kiri dan luka selepas bergelut dengan anjing milik seorang penduduk kira-kira jam 12 tengah hari. - Foto Sinar Harian
Seorang pembaca meter Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) cedera diserang anjing ketika menjalankan tugasnya di Taman Seri Krubong, Krubong di sini, semalam.
Mubarak Basir Mohamad Kassim, 55, patah pergelangan tangan kiri dan luka selepas bergelut dengan anjing milik seorang penduduk kira-kira jam 12 tengah hari.
Mubarak Basir berkata, dia yang menyangka anjing berkenaan dirantai di leher terus masuk ke pintu pagar rumah berkenaan sebelum secara tiba-tiba diserang haiwan itu.
“Pintu pagar terbuka jadi saya terus masuk membaca meter bekalan air tapi tak sangka anjing itu serang saya. Pada mulanya saya cuba menendang tapi anjing itu terus menerkam dan gigit saya.
“Dalam pergelutan yang berlaku kurang lima minit itu saya terjatuh dan tangan terhentak ke lantai sehingga patah pergelangan tangan kiri," katanya ketika ditemui di sebuah hospital swasta di sini.
Menurutnya, kejadian itu disedari pemilik anjing yang kemudian membantu menenangkan haiwan berkenaan sebelum menghantarnya ke hospital.
“Ini kejadian pertama berlaku selepas lebih 20 tahun berkhidmat di SAMB dan saya tak bercadang ambil apa-apa tindakan memandangkan pemilik anjing saya kenal. Saya anggap kejadian ini sebagai satu kemalangan," katanya.
Topic Berkaitan
#cedera
#diserang anjing
#Krubong
#Mubarak Basir Mohamad Kassim
#pembaca meter
#SAMB
#Syarikat Air Melaka Berhad
#Taman Seri Krubong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan