awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk

Bernama
Bernama
01/02/2024
06:35 MYT
Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan pembangunan sosial dan ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan sentiasa seiring dengan pembangunan pesat di wilayah berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan agensi berkaitan juga sentiasa mengambil kira impak pembangunan terhadap kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat apabila melaksanakan projek atau program.
"Dalam konteks ini, elemen penting diambil kira dalam setiap aspek pembangunan WilayahPersekutuan merangkumi keselamatan, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan, persekitaran hijau, komuniti inklusif, perancangan dan pengurusan tanah yang mampan serta pengukuhan tadbir urus bandar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2024 di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan, penduduk yang menetap di Kuala Lumpur adalah dianggarkan sebanyak 1.9 juta orang, Putrajaya (109,202 orang), diikuti Labuan (95,120 orang).
Terdahulu, Dr Zaliha menyertai program 'Solat Subuh Macam Jumaat' di Masjid Putra dan aktiviti Berjalan Sihat sejauh 2.5 kilometer dari Dataran Putra menuju ke Dataran Putrajaya, yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini turut meraikan ulang tahun penubuhan Wilayah Persekutuan ke-50, sejak penubuhannya pada 1 Feb 1974 apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pertama.
Sempena meraikan 50 Tahun Wilayah Persekutuan, JWP dan agensi telah menyusun sebanyak 61 program dan aktiviti menarik sepanjang tahun untuk dilaksanakan di ibu negara, Putrajaya dan Labuan.
Bermula hari ini juga, pengunjung POD 2024 boleh mencuba sendiri perkhidmatan pengangkutanterbaharu di Putrajaya iaitu Transit Aliran Automatik (ART) yang disediakan secara percuma oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) sehingga 4 Feb.
Info berkenaan Hari Wilayah Persekutuan dan POD 2024 boleh diperoleh menerusi https://www.facebook.com/JWPJPM dan https://www.facebook.com/putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembangunan sosial dan ekonomi
#penduduk Wilayah Persekutuan
#Kuala Lumpur
#Labuan
#Putrajaya
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan