awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu rumah Indonesia didera hampir setiap hari, kata polis

Bernama
Bernama
10/08/2013
07:24 MYT
Pembantu rumah Indonesia didera hampir setiap hari, kata polis
Pembantu rumah Indonesia di Subang Bestari yang didera majikannya dipukul dengan tangan, kaki dan objek seperti penyapu hampir setiap hari kerana dikatakan lembap melakukan kerja rumah.
Ketua Daerah Polis Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata siasatan awal menunjukkan mangsa yang mempunyai permit kerja itu juga tidak dijaga makan minumnya dengan baik berdasarkan kepada keadaan fizikalnya.
Mangsa yang dikenali sebagai Maria Roberta Sain, 30, ditemui dalam keadaan kurus dengan muka lebam, berparut dan luka di seluruh badan.
"Sekarang ini kita cuba untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya mangsa dera itu ditempatkan sementara di rumah perlindungan wanita kerana dia tidak berani balik ke rumah majikan," katanya yang dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Majikannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh petang semalam dan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Maria berjaya melarikan diri dari rumah majikannya semalam dan membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.
Topic Berkaitan
#dera
#pembantu rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan