awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembelajaran di rumah: Guru main peranan kenal pasti jurang perbezaan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
13/04/2020
14:14 MYT
Pembelajaran di rumah: Guru main peranan kenal pasti jurang perbezaan
Pengarah Program Yayasan Amir, Nik Mohd Fahmee Nik Hussin menegaskan, golongan pengajar perlu memainkan peranan penting dalam mengenal pasti teknik perbezaan dan kebolehan pelajar. - Gambar Fail
Pendekatan pembelajaran dari rumah kini dilihat sebagai satu keperluan, namun setiap pihak perlu mengambil kira jurang perbezaan yang wujud.
Oleh itu, Pengarah Program Yayasan Amir, Nik Mohd Fahmee Nik Hussin menegaskan, golongan pengajar perlu memainkan peranan penting dalam mengenal pasti teknik pembezaan dan kebolehan pelajar.
“Pendekatan pembelajaran ini perlu, namun ia perlu mengambil kira jurang perbezaan yang wujud. Semestinya ia menjadi satu cabaran untuk sekolah-sekolah apabila pelajar-pelajar mula pulang ke sekolah.
“Kami di Yayasan Amir dan Program Sekolah Amanah, semestinya merasakan bahawa di sinilah guru-guru memainkan peranan yang sangat penting.
“Teknik-teknik pembezaan, kebolehan pelajar-pelajar itu perlu diambil kira, ia menjadi satu cabaran yang besar untuk kita di sekolah," ujarnya
Tambahnya, akses kepada penggunaan teknologi dan internet juga satu perkara yang wajib dimiliki sebelum melaksanakan kaedah pembelajaran secara atas talian yang menyeluruh.
“Kerana seandainya pelajar pelajar ini tidak mempunyai akses, internet dan juga pembelajaran secara atas talian. Maka, ia menjadi satu kesukaran, jadi saya rasa itu merupakan satu langkah pertama sebelum pembelajaran dapat dilakukan secara atas talian.
“Kita sedang berusaha untuk menganjurkan pelbagai program Professional Learning Community (PLC), iaitu program atas talian secara percuma untuk semua,” katanya lagi.
BACA: PKP: Rapatkan jurang pembelajaran digital antara murid bandar dan luar bandar
BACA: Masalah internet, infrastruktur P&P di rumah jadi keluhan rakyat Malaysia - Kajian
Topic Berkaitan
#belajar atas talian
#Internet
#pelajar
#pembelajaran di rumah
#Program Sekolah Amanah
#rakyat
#rakyat Malaysia
#sekolah
#teknologi
#Yayasan Amir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan