awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembenihan awan akan dilakukan segera sekiranya keadaan atmosfera sesuai

Bernama
Bernama
08/09/2019
21:15 MYT
Pembenihan awan akan dilakukan segera sekiranya keadaan atmosfera sesuai
Pemandangan bandaraya Kuching yang berjerebu dirakam dari udara pada 6 Sept lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Operasi pembenihan awan (OPA) bagi mengurangkan kesan jerebu di negara ini terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan barat Sarawak akan segera dilaksanakan sekiranya keadaan atmosfera sesuai.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui MET Malaysia sudah berada dalam keadaan siapsiaga untuk melaksanakan OPA dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
"Namun operasi hanya akan dilakukan sekiranya keadaan atmosfera berada dalam keadaan yang sesuai... MET Malaysia sentiasa memantau keadaan itu dari semasa ke semasa dan akan segera melaksanakan OPA apabila keadaan sesuai," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kemungkinan untuk berlaku hujan lebat di Malaysia, selain Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang ketika ini berlaku peningkatan bilangan titik panas, adalah rendah dalam tempoh seminggu yang akan datang.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa memakai penutup muka, serta turut dinasihatkan untuk minum air yang banyak dan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dalam tempoh ini.
Maklumat dan ramalan cuaca terkini daripada MET Malaysia boleh diperoleh melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atmosfera
#jerebu
#met malaysia
#OPA
#pembakaran terbuka
#pembenihan awan
#Sarawak
#Semenanjung Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan