awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan insinerator di peringkat lantik juru runding

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2012
04:35 MYT
Pembinaan insinerator di peringkat lantik juru runding
Pembinaan pusat pelupusan sampah menggunakan kaedah pembakaran, insinerator, berskala besar kini berada di peringkat melantik juru runding.
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Nadzri Yahaya berkata pelantikan akan dibuat Jabatan Perdana Menteri untuk urusan dokumen kontrak, spesifikasi dan terma rujukan berkaitan.
Kemeteriannya juga sedang mengkaji tapak sesuai yang bakal memuatkan kapasiti seribu tan metrik untuk pusat itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan seminar alam sekitar.
Sehingga kini, 4 mini insinerator berkapasiti 20 tan hingga 100 tan metrik telah beroperasi di Pulau Tioman, Langkawi, Pangkor dan Cameron Highland. Sebuah lagi pusat yang sama di Labuan juga dalam pembinaan.
Dalam ucapannya, Nadzri memberitahu masyarakat menghasilkan 27 ribu tan metrik sisa pepejal setiap hari yang ditampung 165 tapak pelupusan sampah.
Beliau bimbang tapak pelupusan ini tidak akan mencukupi sekiranya tahap kesedaran mengenai kitar semula kurang di kalangan masyarakat.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Nadzri Yahaya
#insinerator
#Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
#pusat pelupusan sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan