awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan SALAM jamin ketersambungan internet, penghantaran data seluruh negara - Teo

Bernama
Bernama
12/10/2025
02:00 MYT
Pembinaan SALAM jamin ketersambungan internet, penghantaran data seluruh negara - Teo
Teo (tiga, kiri) melihat ikan jenis tilapia dan lampam yang dilepaskan pada Program GotongRoyong Perdana Parlimen Kulai bersempena Hari Habitat di Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai, hari ini. --fotoBERNAMA
KULAI: Pembinaan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dengan peruntukan RM2 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan menjamin ketersambungan Internet dan penghantaran data di seluruh negara.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pembinaannya merupakan satu keperluan yang penting dalam memperkukuh infrastruktur digital.
Beliau berkata langkah itu sekali gus dapat menampung kapasiti Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SCREAM) yang telah lama digunakan sebelum ini.
"SCREAM sudah lama diwujudkan, jadi kapasitinya pun sudah (tiba masanya), ada keperluan untuk kita membina satu kabel dasar laut baharu.
"Data yang kita hantar melalui Internet sekarang memang sangat banyak, jadi jumlahnya semakin meningkat, khasnya pada zaman kecerdasan buatan (Al)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pelepasan Ikan di Sungai Pontian Besar, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai impak positif pembinaan SALAM yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026 pada Jumaat lepas.
Pembinaan kabel dasar laut sepanjang 3,190 kilometer itu akan dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Projek itu melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sebelum ini dipetik berkata projek SALAM bertujuan menggantikan SCREAM yang telah digunakan sejak lebih sedekad.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#salam
#Teo Nie Ching
#Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan