awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan IPT secara fizikal: Semua universiti kini bersedia - Noraini

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/10/2021
06:15 MYT
Pembukaan IPT secara fizikal: Semua universiti kini bersedia - Noraini
Noraini ditemui ketika meninjau program 'outreach' vaksinasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Parlimen Bagan Datuk, pada Sabtu. - Foto BERNAMA
BAGAN DATUK: Semua universiti telah bersedia untuk menerima kemasukan semula penuntut secara fizikal mulai 15 Oktober depan.
Untuk itu Kementerian Pengajian Tinggi telah melakukan persiapan yang sewajarnya merangkumi pelbagai aspek.
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pendaftaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat, bermula dengan mereka yang berkeperluan.
"Kita telah beri autonomi kepada universiti masing-masing untuk menentukan golongan mana yang diperlukan untuk kembali ke kampus dahulu dengan lima, enam kategori utama dimana final exam, dia orang kena buat final exam, dia orang kena pergi lab, dia kena buat amali, itu diutamakan dan mereka yang tidak ada akses internet juga kita galakkan untuk kembali ke kampus," katanya.
Beliau ditemui ketika meninjau program 'outreach' vaksinasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Parlimen Bagan Datuk, pada Sabtu.
Hadir sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Baru-baru ini, Noraini berkata, KPT merancang membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober.
Sementara itu, beliau berkata, melalui program vaksinasi anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, telah memberi 2.5 juta vaksin melalui tiga kaedah iaitu intergrasi, pandu lalu dan outreach.
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#Kementerian Pengajian Tinggi
#noraini ahmad
#kemasukan pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan